research

Dr. Nurzalina menjalankan kajian terhadap beberapa tumbuhan herba tempatan seperti Daun Pokok Kapal Terbang (Chromolaena odorata) serta Ulam Raja. Beliau telah mencipta produk penjagaan kulit wajah serta komestik berasaskan Daun Pokok Kapal Terbang, berdasarkan inovasi kepakaran terkini menggunakan teknologi nanosom.


Beliau pernah dipertanggungjawabkan sebagai Pengerusi, Persatuan Farmaseutikal Malaysia (Bahagian Pulau Pinang) pada tahun 2006/2007 dan kekal sebagai ahli jawatankuasa sehingga tahun 2006/2007 dan kekal sebagai ahli jawatankuasa sehingga tahun 2010. Beliau turut memikul tugas sebagai Naib Presiden, Persatuan Teknologi Farmaseutikal Malaysia sejak 2005 hingga 2011. Sejajar dengan komitmen tinggi yang diberikan, pada tahun 2011 beliau telah dilantik sebagai Presiden dan terus menerajuinya hingga 2013.

Dr. Nurzalina dilahirkan pada tanggal 28 Ogos 1972 di Pulau Pinang. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Farmasi di University of London, United Kingdom dan seterusnya melengkapkan pengajian di peringkat Kedoktoran di Universiti yang sama seterusnya memperolehi gelaran Doktor Falsafah.

Sebagai ahli farmasi yang berkaliber, Dr. Nurzalina dilantik sebagai salah seorang ahli Panel bagi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau kini sedang berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang Farmasi merangkap Timbalan Dekan (Akademik), Pusat Pengajian Sains Farmasi di Universiti Sains Malaysia, kampus induk Pulau Pinang. Dr. Nurzalina turut aktif membimbing pelajar PHD dan Master termasuk dari luar negara.

KONSULTAN SW2

Profil

PROFESOR MADYA DR. NURZALINA ABD. KARIM KHAN